PROGRAM DAN KURSUS 2019 DI IKBN KUALA PERLIS JUGA TERBUKA KEPADA PIHAK LUAR KE ARAH MELAHIRKAN PELAJAR DAN PEKERJA TEKNIKAL YANG BERMINDA POSITIF DAN PRODUKTIF
Okt,2019, baru-baru ini Sekolah Teknologi Awam di bawah kelolaan ketua jabatan, En Anuarul Bin Mansor telah menyuarakan kembali untuk menjayakankursus jangka pendek berkaitan dengan kerja ukur aras dan pembukuan kerja lapangan yang dianjurkan oleh pihak IKBN Kuala Perlis untuk pegawai dan pelajar sebuah pusat teknikal swasta iaitu Amtrc Academy (SP) Sdn.Bhd yang pernah diadakan sebelum ini. Kursus yang lepas,seramai 20 orang peserta kesemuanya yang melibatkan 2 pegawai pengiring dan 18 pelajar di Bahagian Pembinaan Bangunan.
Menurutnya,kursus tersebut dilaksana dan dikendalikan sepenuhnya oleh En.Nordin bin Hj.Mohamad Yusof iaitu seorang pegawai IKBNKP yang pernah bekerja di sektor swasta dan berpengalaman dalam kerja-kerja ukur di dalam kerja-kerja kejuruteraan awam.Perancangan kursus dalam tempoh sehari yang melibatkan methodologi berbentuk latihan secara teori dan amali serta ujian akhir.dilaksanakan dengan jayanya. Peserta juga didedahkan secara asas untuk mendalami ilmu pengukuran kerja ukur aras dan kerja lapangan sebenarnya. Peserta yang hadir diagihkan kepada 4 kumpulan kecil dengan penggunaan alatan yang optimum.
Semua peserta telah dapat menambahkan pengetahuan dari aspek teori dan amali bagi memantapkan lagi pengetahuan sediada. Peserta juga berkesempatan bersama dengan Penolong Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar pada majlis penutup yang diadakan.
Beliau juga mengharapkan adalah tidak menjadi keberatan pihak luar datang dan bekerjasama dengan kami di sini kerana baginya jalinan kerjasama adalah satu penambahan ilmu dan mendatangkan kebaikan bersama.Hubungilah IKBNKP di talian 04-9855955 atau website kami www,ikbnkp.gov,my.




