DULI YANG MAHA MULIA TUANKU TENGKU FAUZIAH BINTI ALMARHUM TENGKU ABDUL RASHID
D.K.P., D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG), GRAND CROIX DE L’ORDER (ROYAL SASH) – CAMBODIA, KNIGHT OF THE ROYAL ORDER OF THE SERAPHIM (SWEDEN), THE ORDER OF THE SACRED TREASURE, GOLD AND SILVER STAR (JAPAN).

Raja Perempuan Perlis
Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid diputerakan dari hasil perkahwinan kerabat diraja dari dua negeri. Ayahanda baginda ialah Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu manakala bonda baginda ialah Tengku Putri binti Almarhum Sultan Ibrahim Petra, Sultan Kelantan.

Menaiki Takhta
Apabila Tuanku Syed Putra mangkat pada tahun 2000, Tuanku Syed Sirajuddin telah dimahsyurkan sebagai Raja Perlis sekaligus menjadikan Tuanku Tengku Fauziah sebagai Raja Perempuan Perlis. Sebagai payung negeri, baginda amat mengambil berat tentang keselesaan rakyat serta orang di sekelilingnya. Semua kenalan dan kakitangan istana sudah arif dengan keprihatinan baginda terutamanya dari segi penyediaan makan minum serta penginapan yang selesa buat tetamu baginda dan tetamu negeri. Malah, baginda tidak pernah gagal mengurniakan wang ampu kepada kakitangan atau pekerja yang berjaya melaksanakan tugas-tugas dengan baik.

Dirgahayu Tuanku.

Sila ke Portal Rasmi Diraja Perlis