DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.DOCTOR OF EDUCATION (HONORIS CAUSA) LA TROBE UNIVERSITY, MELBOURNE, AUSTRALIA DAN HONORARY DOCTORATE IN MANAGEMENT SCIENCE, YALA RAJABHAT UNIVERSITY, THAILAND

Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diputerakan di Hospital Besar Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 30 Disember 1967. Baginda merupakan anakanda sulung kepada DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada
Platform sebagai Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis (YTSP) digunakan sebaik mungkin oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra untuk memastikan program-program pendidikan dan pembangunan pelajar baik dari segi sahsiah dan akademik mahu pun kepimpinan diberikan fokus yang mendalam. Hasrat Baginda tentu sekali untuk melahirkan rakyat Perlis yang bermentaliti kelas pertama. Bukan setakat itu, YTSP turut berperanan untuk menjaga kebajikan golongan yang memerlukan sama ada dari segi sumbangan dan biasiswa pendidikan serta bantuan perubatan dan peralatan. Antara inisiatif terbaru yang diperkenalkan oleh Baginda adalah pengwujudan Tabung Simpanan Bayi Lahir Putra Petri, sumbangan khas untuk bayi yang dilahirkan di Perlis semasa tempoh Sambutan Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis. Manakala sebagai Penasihat Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) pula, lontaran idea Baginda untuk memartabatkan kaum wanita serta memastikan kaum ini kekal cemerlang telah menyaksikan Program Kepimpinan Wanita terhasil di mana calon-calon yang dikenal pasti akan diberikan biasiswa untuk menjalani program kepimpinan di Josai International University, Jepun selama setahun. Di masa terluang, Baginda gemar untuk melawat negara-negara asing. Di kesempatan itu, Baginda akan memperkenalkan Perlis di negara luar menerusi Perlis Food Promotion. Rakyat Perlis amat bertuah kerana mempunyai seorang Raja Muda yang senantiasa ramah dan mudah didekati serta yang paling penting mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

Dirgahayu Tuanku.

Sila ke Portal Rasmi Diraja Perlis