Situasi Semasa Covid-19 Negeri Perlis

Hari ini, Isnin, 18 Januari 2021, buat pertama kali kes Covid-19 di Perlis telah mencecah tiga angka kepada 114 kes apabila 16 kes positif baru telah dilaporkan.

Saya telah membuat satu kenyataan seminggu lalu bahawa kes positif Covid-19 di Perlis akan meningkat. Ini adalah berdasarkan maklumat bahawa sejumlah 153 individu dari zon merah yang telah disaring oleh pihak berkuasa kesihatan di mana keputusan saringan belum diperolehi lagi ketika itu. Saya menjangkakan jumlah ini akan terus meningkat dalam beberapa hari akan datang apabila semua keputusan saringan telah diperolehi. Tetapi jumlahnya mungkin tidak terlalu besar. Ini hanya jangkaan saya sahaja.

Secara umumnya, peningkatan kes-kes ini adalah akibat dari kehadiran individu-individu bergejala dari zon-zon merah ke Perlis sepanjang bulan Disember 2020 yang lalu. Mereka datang ke Perlis samada sebagai pelancong, balik kampung kerana bercuti atau hadir majlis-majlis kenduri di Perlis. Selain itu, terdapat juga rakyat Perlis yang berkunjung ke zon merah yang menjadi penyumbang kepada peningkatan ini.

Saya sedar rakyat Perlis bimbang dengan situasi ini. Saya juga bimbang. Tetapi jangan panik. Kita masih boleh meneruskan aktiviti dan rutin harian. Saya yakin semua yang terlibat untuk mengekang dan menangani penularan wabak ini, iaitu barisan hadapan, terutamanya pihak berkuasa Kesihatan, PDRM, ATM dan lain-lain sedang berusaha melakukan yang terbaik. Kita sebagai rakyat wajib berikan kerjasama rapat yang sewajarnya.

Kesedaran tentang risiko Covid-19 di kalangan rakyat sudah sedia tinggi. Kerana itulah Perlis bertahan lama sebagai zon hijau sehinggalah munculnya kes-kes baru seminggu lepas. Harapan saya agar seluruh rakyat Perlis terus mematuhi dan mengamalkan dengan sepenuhnya SOPs yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Saya yakin dengan sikap dan disiplin yang tinggi di kalangan rakyat, Perlis akan kembali ke zon hijau semula. Mohon semua jangan panik. Bersabar dan istiqomah mematuhi SOPs. In-syaa-Allah!

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR