Majlis Perasmian Pelancaran The 6th International Innovation, Design And Articulation (i-DeA) 2023

Tarikh : 13 Januari 2023 (Jumaat)

Lokasi : Ruang Legar Kompleks STAR, UITM Cawangan Perlis

Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad hadir bagi merasmikan Majlis Perasmian Pelancaran The 6th International Innovation, Design And Articulation (i-DeA) 2023 bertempat Ruang Legar Kompleks STAR, UITM Cawangan Perlis.

Antara tujuan utama i-IDeA 2023 adalah untuk mempamerkan dan mempertandingkan rekacipta inovasi dan idea yang dihasilkan oleh ahli akademik dan bukan akademik, penyelidik, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara serta sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia. Di samping itu i-IDeA 2023 juga diadakan untuk membantu mewujudkan kerjasama pengkomersialan antara peserta dengan pihak agensi kerajaan dan swasta. Program peringkat antarabangsa yang dianjurkan untuk kali ke-6 ini mensasarkan sebanyak 600 produk.

Hadir bersama dalam majlis ni, Rektor UITM Perlis, Timbalan Rektor Penyelidikan, Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, serta Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR