Ladang Nenas MD2 Terbesar di Perlis

Tarikh : 3 Februari 2022(Khamis)

Sekitar lawatan YB Tuan Azman Bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di GG Eco Farm, sebuah ladang nenas dari jenis MD 2. Keistimewaan buah nenas dari jenis MD2 ini ialah ianya manis dan tak lidas, tekstil rangup dan berjus. Hasil pertama dari ladang ini dijangka dapat dikeluarkan pada awal Mac ini.

Syarikat yang dimiliki oleh En Fathi Jamaludin dan diuruskan oleh En Arazi Bin Azman telah berjaya menanam sebanyak 500 ribu pokok di kawasan yang berkeluasan 35 ekar. Selain itu syarikat ini juga bercadang untuk membuka kafe di dalam kawasan ladang ini pada masa akan datang sebagai satu lagi tarikan kepada orang ramai.

Untuk makluman, YB Tuan Azman Bin Mohd Yusof telah seringkali melawat kawasan ini semenjak dua tahun lalu sebagai sokongan moral dan galakkan kepada usahawan ini.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR