MAIPs- Makluman mengenai urusan Pejabat MAIPs ditangguhkan dari Tarikh 18 Mac hingga 31 Mac 2020

Adalah dimaklumkan bahawa URUSAN di Pejabat MAIPs DITANGGUHKAN dari tarikh 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Walaubagaimanapun, urusan berikut boleh dibuat melalui atas talian di Portal Rasmi MAIPs:

Semakan status permohonan bantuan:
http://asnaf.maips.gov.my/semak/

Semakan Penyata Sumbangan Zakat :
http://zakat.maips.gov.my/

Permohonan Bantuan Zakat (am / sarahidup) :  
Muat Turun Borang

Permohonan Bantuan Pelajaran : 
Muat Turun Borang

Permohonan sewaan premis MAIPs : 
Muat Turun Borang

Kaedah bayaran sumbangan Zakat, Wakaf atau Sumber Am melalui atas talian boleh dirujuk di Laman Portal MAIPs : http://www.maips.gov.my

Pengambilan dan penghantaran borang bantuan turut boleh dilaksanakan di pos pengawal di Bangunan MAIPs.

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan mendesak, pihak tuan boleh merujuk di pos pengawal di Bangunan MAIPs atau memberikan maklumbalas melalui Facebook Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pengurusan MAIPs sentiasa komited untuk membantu sebarang kes keperluan asnaf. Sila hubungi amil kariah untuk tindakan yang berkeperluan.

Marilah kita bersatu hati dengan niat yang ikhlas berdoa agar segala ujian dan wabak yang dihadapi ini akan segera hilang dengan izinNya. Sekian dimaklumkan.

Terima kasih

“MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH”

Salam hormat,

PENGURUSAN MAIPs
Tarikh : 17 Mac 2020 bersamaan 22 Rajab 1441H

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR