Kempen Pembudayaan Kebersihan dan Peningkatan Standard Kualiti Perkhidmatan Perniagaan Makanan Negeri Perlis Siri 7
Tarikh: 14.12.2021 (Selasa)
Sumber : Facebook Rasmi Pejabat SUK Perlis
Siri 7 - Simpang Empat
YB Tuan Nurulhisham bin Yaakob (Exco Pertanian & Industri Asas Tani; Perusahaan Perladangan & Komoditi; Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu & Aduan Awam) selaku ADUN Simpang Empat, Perlis turut sama dalam menjayakan aktiviti kempen dengan menyerahkan apron dan poster kempen kepada pemilik/pengendali premis makanan terlibat di Arked MARA Simpang Empat, Perlis.
Turut bersama dalam kempen pada kali ini adalah Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) serta jabatan/agensi berkenaan.
Ayuh bersama-sama kita jayakan.



