Pejabat SUK perlis


Geotapak Taman Rekreasi Bukit Jernih

06.01.2021 (Rabu)

Sesi temu ramah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis oleh pihak RTM berkenaan salah satu lokasi pelancongan menarik di Perlis iaitu Geotapak Bukit Jernih atau lebih dikenali sebagai Taman Rekreasi Bukit Jernih.

Turut hadir En Ag. Shaffie Bin Ag. Ahmadni, Pengarah Perhutanan Negeri Perlis dan Pn Susila Bte Md Saaid, Pen. Pengarah Kanan (Pemetaan Geologi).

TAHUKAH ANDA?
Taman Rekreasi Bukit Jernih telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu Geotapak di Malaysia kerana mempunyai pelbagai struktur geologi penting iaitu batu kapur Formasi Chuping yang berusia 240 juta tahun yang dipenuhi pelbagai jenis fosil dan geotrail.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Rekreasi Bukit Jernih termasuklah mendaki Bukit Jernih, memanjat dinding bukit, meneroka gua, berkhemah, berjogging santai dan berkayak di Sungai Jernih. Bagi yang berkeluarga juga boleh beriadah seperti berkelah dan mandi manda di sungai berdekatan.

Rabu | 06 Januari 2021 | Taman Rekreasi Bukit Jernih