Polisi ePenyertaan
Polisi ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan ePenyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.
Objektif ePenyertaan ini adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Undian Portal, Penyertaan Umum, Maklum balas Portal (Maklum balas/ pertanyaan/ aduan/ cadangan, Kajian Kepuasan Pelanggan) serta Media Sosial Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis iaitu Facebook,Twitter, Instagram dan Youtube.
Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan/Undian dan Kajian Soal Selidik yang terdapat dalam Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Perlis:
1. Memuat naik, emel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara-perkara berikut :-
- Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman,keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Perlis.
- Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.
- Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.
2. Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).
3. Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.
4. Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini;
5. Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal.