MAJLIS PERASMIAN PERLIS USAHAWAN FEST (PUF2026)
Tarikh : 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Tempat : Kampung Surau Baru, Utan Aji, Perlis
YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI KESUMA Tahun 2026 yang berlangsung di Kampung Surau Baru, Utan Aji, Perlis. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Program ini merupakan antara inisiatif Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar melalui penyediaan dan penambahbaikan kemudahan asas, aspek keselamatan, kesihatan serta kesejahteraan komuniti secara inklusif dan berterusan.
Pelaksanaan projek di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Kampung Surau Baru, Utan Aji memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemudahan asas, keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat.
Antara projek yang dilaksanakan termasuk kerja-kerja menaik taraf Masjid Uthman Al-Affan, pemasangan lampu solar, penyelenggaraan jalan serta penyediaan peralatan dan khemah untuk kegunaan masjid.
Hadir sama Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil jabatan dan penduduk-penduduk Kampung Surau baru.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook



