MAJLIS PERJUMPAAN PENGURUSAN BERSAMA KUMPULAN PELAKSANA PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 5 Oktober 2026 (Isnin)
Tempat : Dewan Gunasama, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tahniah diucapkan kepada 54 orang warga Kumpulan Pelaksana yang menerima surat kenaikan pangkat dalam Majlis Perjumpaan Pengurusan Bersama Kumpulan Pelaksana Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

Majlis dimulakan dengan taklimat "Kepimpinan dalam Islam” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haafizuddin bin Abirerah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, yang menyentuh nilai kepimpinan berteraskan integriti dan tanggungjawab.

Amanat seterusnya disampaikan oleh YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) yang menekankan kepentingan tanggungjawab, komitmen dan keperluan untuk melakukan perubahan dalam melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi, kompetensi dan komitmen dalam melaksanakan tugas, seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

© 2026 Your Company. All Rights Reserved.
splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR