PROGRAM KAYUHAN MAIPS PEDULI
Tarikh : 27 September 2026
Tempat : Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Perlis
Menjunjung kasih Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kerana memberi kesempatan kepada patik untuk bersama-sama menyertai Program Kayuhan MAIPs Peduli di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Perlis, anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Patik amat berbesar hati dapat bersama-sama Tuanku dalam program yang santai dan penuh makna ini, sambil beramah mesra serta mendekati masyarakat setempat.
Menjunjung kasih, Tuanku.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook



