BENGKEL INSIGHT AT WORKPLACE
Tarikh : 15 September 2026
Tempat : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
Bengkel 'Insight at Workplace' merupakan program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Program ini menyediakan peluang pembelajaran berasaskan pengalaman yang menggabungkan slot perkongsian ilmu, pengalaman dan latihan dalam kumpulan (LDK) kepada para peserta.
Fokus utama bengkel adalah untuk memupuk budaya kerja positif, memperluas pertukaran pengalaman, serta membina jaringan kerjasama merentas agensi di Negeri Perlis.
Bengkel turut diserikan dengan sesi khas bersama Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan). Beliau menekankan peranan penting Ketua Jabatan dalam membina suasana kerja yang sejahtera, di samping keperluan mendapatkan perkhidmatan sokongan kesihatan mental.
Pelaksanaan bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran para peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan mental, sekali gus mengurangkan stigma terhadap perkhidmatan sokongan psikologi dalam kalangan penjawat awam.
Syabas diucapkan kepada para peserta atas komitmen tinggi yang diberikan! Bersama-sama kita zahirkan persekitaran kerja yang sihat, produktif dan sejahtera.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook



