BENGKEL DAN PEMBENTANGAN KAJIAN SEMAKAN CUKAI TANAH 2027 BERSAMA AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERLIS
Tarikh : 5 Julai 2026 (Ahad)
Tempat : Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah
YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis telah menghadiri Sesi Pembentangan Hasil Kajian Akhir Semakan Cukai Tanah 2027 bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Perlis yang diadakan di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah. Turut hadir ialah YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli MMKN Perlis serta YBrs. Encik Aizal bin Mazlan, Pengarah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis.
Sesi pembentangan ini bertujuan membentangkan cadangan Semakan Kadar Cukai Tanah 2027 kepada Ahli MMKN bagi mendapatkan pandangan, ulasan dan persetujuan dasar sebelum cadangan tersebut dimuktamadkan. Perbincangan turut memberi fokus kepada pemuktamadan kadar cukai tanah bagi semua kategori tanah berdasarkan hasil kajian, analisis dan maklum balas yang diterima.
Selain itu, bengkel ini turut menyelaras kandungan pembentangan dan dokumen sokongan serta memperincikan strategi pelaksanaan Semakan Cukai Tanah 2027, termasuk aspek peluasan bandar, pewujudan pekan baharu dan penyelarasan sistem. Hasil perbincangan ini akan menjadi asas kepada penyediaan Kertas Pertimbangan MMKN dan pembentangan di Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-83.
Hadir sama YBrs. TPr Dr. Mohamad Sabri bin Ahmad, Pengarah, PLANMalaysia Perlis, Pegawai-pegawai Kanan PPTG Negeri Perlis, Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis, PLANMalaysia Negeri Perlis, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, SUK Perlis dan wakil-wakil Jabatan yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

