MESYUARAT JAWATANKUASA PENERAJU TRANSFORMASI DAN PEMANTAUAN NEGERI PERLIS (PENERAJU) BILANGAN 1 TAHUN 2026

Tarikh : 23 Jun 2026 (Selasa)
Tempat : Bilik Jasmin, Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur

YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peneraju Transformasi dan Pemantauan Negeri Perlis (PENERAJU) Bilangan 1 Tahun 2026 yang diadakan di Bilik Jasmin, Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur. Turut hadir bersama YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama Jawatankuasa PENERAJU yang berperanan sebagai platform penasihat strategik Kerajaan Negeri dalam memperkukuh tadbir urus, memantau pembangunan negeri serta menambah baik pelaksanaan dasar dan projek pembangunan demi kemajuan Negeri Perlis.

Keanggotaan mesyuarat ini terdiri dari tokoh-tokoh korporat dan bekas pegawai tinggi Kerajaan.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR