MAJLIS MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 1448H/ 2026M

Tarikh : 18 Jun 2026 (Khamis)
Tempat : Dewan 2020 Kangar Perlis

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1448H/ 2026M yang berlangsung di Dewan 2020 Kangar Perlis.

Turut berangkat, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis, YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, YAM Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan YAM Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Turut hadir bersama ke majlis ini, YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Izizam bin Ibrahim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Hal Ehwal Agama merangkap Pengerusi Maal Hijrah, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Majlis dimulakan dengan YAB Menteri Besar Perlis menyampaikan ucapan aluan serta diteruskan dengan titah DYMM Tuanku Raja Perlis dan menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1448H/ 2026M.

Kerajaan Negeri amat berbesar hati memberikan pengiktirafan kepada individu, institusi serta para penggerak agama yang telah menyumbang bakti dan komitmen berterusan dalam memperkasa serta memartabatkan syiar Islam di Negeri Perlis.

Pengurniaan anugerah pada hari ini merangkumi tiga kategori utama iaitu Kategori Pengurusan dan Institusi yang mengiktiraf kecemerlangan tadbir urus melalui Anugerah Pengurusan Hal Ehwal Islam Terbaik dan Anugerah Masjid Terbaik; Kategori Anugerah Didik sebagai penghargaan kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan serta Kategori Anugerah Khas dan Utama yang melibatkan Pengurniaan Jaaizah Maal Hijrah, Anugerah Maal Hijrah dan kemuncaknya Pengurniaan Tokoh Maal Hijrah.

DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan untuk mengurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1448H/ 2026M kepada YBhg. Dato’ Izham bin Mahmud, Ahli Lembaga Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) . Kesemua penerima-penerima anugerah yang lain telah menerima wang tunai, Sijil Penghargaan serta Hadiah Iringan.

Hadir bersama dalam majlis YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri & Persekutuan serta wakil-wakil Ketua Jabatan Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR