PROGRAM PENTAULIAHAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (PRA AKRAB) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 2026

Tarikh : 15 - 16 & 18 - 19 Jun 2026
Tempat : Bilik Seminar, Blok F, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) ini merupakan salah satu dari program utama dibawah Program Pengupayaan Kendiri sepertimana yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022) Ceraian PO.3.1.1 (F).

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Pelaksanaannya bertujuan untuk melatih dan mentauliahkan seramai 22 orang kakitangan terpilih daripada pelbagai Bahagian/ Agensi untuk menjadi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di bawah Pentadbiran ini.

Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh seorang AKRAB sebagai pembimbing, antaranya Konsep AKRAB, Memahami Personaliti dan Tingkah Laku Manusia, Kemahiran Kerjaya dan Tingkah Laku Organisasi, Kemahiran Asas Menolong, Asas Bimbingan Individu dan Kelompok, Asas Fasilitator, Pengurusan Kewangan Peribadi, Pengurusan dan Penjagaan Kesihatan Mental serta Bantuan Awal Psikologi. Program ini diakhiri dengan sesi penilaian bagi mengukur tahap kefahaman dan kesediaan peserta sebelum ditauliahkan sebagai ahli AKRAB.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi AKRAB Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis serta ahli-ahli AKRAB yang telah ditauliahkan di bawah pentadbiran ini. Diharapkan program ini dapat melahirkan ahli AKRAB yang berjiwa membantu serta berupaya menyumbang ke arah pembentukan organisasi yang lebih sejahtera.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR