MAJLIS PERASMIAN PROGRAM “WOMEN IN SEARCH OF EXCELLENCE (WiSE)”
Tarikh : 16 Jun 2026 (Selasa)
Tempat : Dewan Bakawali, Mess Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Program Women In Search Of Excellence (WiSE) yang berlangsung di Dewan Bakawali, Mess Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis.
Turut berangkat ialah waris kedua Negeri Perlis, YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj, YAM Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan YAM Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Hadir sama ialah YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA, YBhg. Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA, Encik Zahari bin Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Usahawan MARA serta Encik Mohd Norwawi bin Ibrahim, Pengarah MARA Negeri Perlis.
Program Women In Search Of Excellence (WiSE) – Empowering Women, Elevating Business dianjurkan sebagai platform pemerkasaan wanita dalam bidang keusahawanan melalui pengukuhan ilmu, jaringan strategik dan pembangunan kapasiti perniagaan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen MARA dalam melahirkan usahawan wanita yang progresif, berdaya saing dan mampu menjadi pemacu utama kepada pembangunan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis menerusi gimik perasmian serta penyampaian sijil kepada usahawan yang menerima kemudahan pembiayaan dan bantuan daripada MARA.
Majlis turut diserikan dengan tayangan video Program Usahawan MARA, persembahan kebudayaan serta pertunjukan fesyen MIF (MARA International Fashion).
Turut hadir sama ialah ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, wakil-wakil agensi, para usahawan serta urus setia program yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

