Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan

Tarikh : 08 Jun 2026 (Isnin)


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis atas kejayaan menerima Sijil Cemerlang Kategori Pejabat SUK serta diiktiraf sebagai penerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan.

Tahniah juga diucapkan kepada Jabatan Mufti Negeri Perlis (Kategori Jabatan Dibawah Pentadbiran Kerajaan Negeri) dan Jabatan Penyiaran Negeri Perlis (Kategori Jabatan Persekutuan) yang turut menerima pengiktirafan yang sama, sekali gus membuktikan komitmen tinggi jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Perlis dalam mematuhi serta melaksanakan aspek keselamatan perlindungan pada tahap yang cemerlang.

Pengiktirafan berprestij ini adalah hasil penilaian yang dilaksanakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, meliputi aspek Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi dan Keselamatan Peribadi.

Daripada keseluruhan 118 jabatan yang dinilai, hanya 50 jabatan dan agensi di peringkat persekutuan serta negeri berjaya memperoleh penarafan cemerlang. Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan penjawat awam negeri dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan dilaksanakan secara berkesan, sistematik dan selaras dengan standard yang ditetapkan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kerja cemerlang, meningkatkan tahap integriti dan profesionalisme, serta mengekalkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR