SESI SEMBANG SANTAI KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERSAMA PEGAWAI MUDA NEGERI PERLIS
Tarikh : 17 Mei 2026(Ahad)
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah hadir ke Sesi Sembang Santai bersama Pegawai Muda Negeri Perlis yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis. Turut hadir sama YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan).
Sesi yang berlangsung dalam suasana santai dan interaktif ini memberi ruang kepada pegawai muda untuk mendengar perkongsian serta pandangan berkaitan perkhidmatan awam serta tanggungjawab penjawat awam muda dalam mendepani cabaran masa hadapan.
Turut dikongsikan ialah penghayatan terhadap nilai-nilai teras Malaysia MADANI yang menekankan sifat kemanusiaan, integriti, profesionalisme dan semangat kebersamaan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Hadir sama Pegawai-pegawai Jabatan Negeri dan Jabatan Persekutuan di Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

