SESI LIVE KONTI PERLIS FM (RTM) SEMPENA PROGRAM PERLIS AGROFEST 2026

Tarikh : 21 April 2026 (Selasa)
Tempat : Konti Perlis FM, Kompleks Penyiaran Negeri Perlis

YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) telah hadir ke Konti Perlis.FM, Kompleks Penyiaran Negeri Perlis bagi Sesi Live Konti Perlis.FM (RTM) bersempena Penganjuran Perlis Agrofest 2026. Turut bersama dalam sesi live ini Encik Mohd Izwan Bin Yakob, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, PSUK Perlis.

Sesi siaran langsung ini bertujuan mempromosikan Perlis Agrofest 2026, iaitu program yang menggabungkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Festival Mangga Harumanis Perlis yang kini tampil dengan wajah baharu yang lebih meriah. Program ini akan berlangsung pada 24 hingga 26 April 2026 (Jumaat hingga Ahad), dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, bertempat di Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung bakal disajikan dengan kepelbagaian aktiviti yang menghiburkan serta sesuai untuk seisi keluarga. Daripada jualan produk tempatan, hasil pertanian segar hinggalah ke pameran agensi, semuanya ada di sini!

Sesi siaran ini turut mempromosikan Perlis International Marathon yang akan diadakan pada 25 April 2026 (Sabtu) di Stadium Tuanku Syed Putra, serta Program Perkampungan Sunnah Siri Ke-11 Tahun 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 26 April 2026 di Masjid Alwi, kangar Perlis.

Hadir sama dalam sesi ini ialah pegawai-pegawai kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR