PROGRAM HIJRAH MINDA BERSAMA DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS BIL.7/2026

Tarikh : 27 Mac 2026 (Jumaat)
Tempat : Masjid Nurus Said Santan, Kangar, Perlis

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, berkenan berangkat ke Program Hijrah Minda Bil.7/2026 yang diadakan di Masjid Nurus Said Santan, Kangar, Perlis, dengan diiringi Waris Kedua Negeri Perlis, YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Turut hadir bersama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YDH DCP Dato’ Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Perlis dan Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.

Program Hijrah Minda merupakan satu platform yang signifikan dalam usaha membentuk masyarakat yang bukan sahaja berilmu dan berakhlak, malah berupaya menyumbang secara positif kepada pembangunan Negeri Perlis. Inisiatif ini menekankan kepentingan perubahan minda serta pengamalan gaya hidup yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan bertanggungjawab demi kesejahteraan bersama.

Dalam majlis tersebut, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 orang asnaf dari Kampung Santan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang institusi diraja terhadap golongan yang memerlukan. Program turut diisi dengan ceramah pengisian rohani bertajuk “Bangun Jiwa” serta ceramah kesedaran oleh pihak PDRM berkaitan ancaman penipuan dalam talian (scammer) yang semakin berleluasa dalam masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis, yang berkenan mengurniakan sumbangan kepada Sekolah Rendah Islam Al-Taqwa, Beseri, dan seterusnya berkenan menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah.

Hadir sama Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM Perlis, wakil-wakil jabatan dan agensi serta Jemaah Masjid Nurus Said Santan, Kangar, Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR