MAJLIS IFTAR SERTA SESI PENYERAHAN (HANDOVER) PROJEK SOLAR DI KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 17 Mac 2026 (Selasa)
Tempat : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Majlis Iftar serta Sesi Penyerahan (Handover) Projek Parkir Solar Berbumbung di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis telah berlangsung dalam suasana penuh keberkatan di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Majlis Iftar ini bukan sahaja mengimarahkan bulan Ramadan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak kerajaan dan rakan strategik dalam suasana penuh harmoni.

Majlis ini telah dihadiri oleh YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan).

Dengan keadaan geografi yang strategik serta penerimaan sinaran matahari yang tinggi sepanjang tahun, negeri Perlis berpotensi sebagai antara lokasi terbaik bagi pembangunan tenaga solar di negara ini. Projek ini bukan sahaja menyediakan kemudahan parkir berbumbung yang lebih selesa, malah berfungsi sebagai platform penjanaan tenaga hijau yang membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik konvensional serta jejak karbon.

Lebih membanggakan, projek ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik tanpa melibatkan kos kepada kerajaan negeri, di samping berpotensi menjana penjimatan bil elektrik dari semasa ke semasa, sekali gus menyokong agenda pembangunan mampan dan kelestarian alam sekitar negeri.

Sesi penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ir. Ahmad Fadzli bin Mat Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Mestron Energy Sdn. Bhd. kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) yang mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis sebagai langkah progresif ke arah memperkukuh amalan tenaga lestari dalam sektor pentadbiran awam negeri ini.

Hadir sama dalam majlis ini Setiausaha-Setiausaha Bahagian, pegawai-pegawai kanan Mestron Energy Sdn. Bhd. serta wakil-wakil jabatan yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR