PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 10 Mac 2026 (Selasa)

Tempat : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Program Memasak Bubur Lambuk Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Program memasak bubur lambuk yang diadakan secara gotong-royong ini merupakan tradisi tahunan Kelab SUK Perlis setiap kali menjelang bulan Ramadan. Program ini dianjurkan bersama PUSPANITA Cawangan Perlis dan Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis, sebagai usaha mengimarahkan bulan Ramadan di samping memperkukuh jalinan kerjasama antara warga jabatan.

Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kebersamaan, kerjasama serta keakraban dalam kalangan warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Selain aktiviti memasak bubur lambuk, turut diadakan pemeriksaan kesihatan serta pengisian Ihya’ Ramadan sebagai usaha menyemarakkan lagi penghayatan nilai-nilai murni sepanjang bulan Ramadan, di samping menggalakkan penjagaan kesihatan dalam kalangan warga pejabat. Program seumpama ini diharapkan dapat memperkukuh semangat kebersamaan serta kesejahteraan dalam kalangan warga perkhidmatan awam negeri.

Hadir sama dalam program ini ialah Ahli-ahli Jawatankuasa serta Ahli-ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, PUSPANITA Perlis dan Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR