MESYUARAT HARIAN PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA (PKOB) NEGERI PERLIS BILANGAN 12 TAHUN 2025

Tarikh : 02 Disember 2025 (Selasa)

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4 Blok F, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) telah mempengerusikan Mesyuarat Harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Perlis Bilangan 12 Tahun 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

Mesyuarat pagi ini menumpukan perhatian kepada perkembangan semasa pengurusan bencana banjir di negeri Perlis pada hari kelima. MetMalaysia membentangkan laporan cuaca terkini, JPS memaklumkan status paras sungai dan empangan, manakala PDRM melaporkan operasi serta kesiapsiagaan pasukan di kawasan terjejas. Jabatan Penerangan (JAPEN) juga melaporkan berkenaan penyampaian maklumat rasmi melalui hebahan media cetak dan elektronik kepada rakyat.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan usaha pemulihan infrastruktur terjejas, menyampaikan bantuan logistik, serta menyediakan sokongan tenaga dan peralatan bagi memudahkan kerja-kerja pemulihan di kawasan terlibat dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis turut melaporkan kejadian tanah runtuh dan penutupan beberapa jalan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan perkembangan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih aktif, manakala MAIPs menyampaikan laporan terkini mengenai agihan bantuan kepada mangsa banjir.

Hadir sama Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi bin Md Daud, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis, Encik Ku Chik bin Ku Mat Esa, Pengarah JKM Negeri Perlis, Encik Shamsuharizal bin Basir, Pengarah SWCorp Negeri Perlis, Puan Aidatul Shima Che Hassan, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta wakil-wakil jabatan yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR