LAWATAN DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS DAN DYTM TUANKU RAJA PUAN MUDA PERLIS KE PERLIS INLAND PORT

Tarikh : 01 Disember 2025 (Isnin)

Tempat : Perlis Inland Port, Chuping

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Perlis Inland Port (PIP), Chuping bagi meninjau perkembangan operasi logistik serta tahap kesiapsiagaan infrastruktur sokongan di kawasan berkenaan. Turut berangkat mengiringi, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Mengiringi keberangkatan Duli-Duli Tuanku ialah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis; YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Shabaruddin bin Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Mutiara Perlis Sdn. Bhd dan YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan)

Sesi lawatan dimulakan dengan Taklimat Keselamatan oleh Encik Abdul Azeem Awang, Penolong Pengurus Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar PIP, diikuti Taklimat Operasi PIP oleh Encik Mohamad Ali Abdul Hussain yang menjelaskan mengenai operasi semasa, peranan strategik PIP sebagai hab logistik negeri serta potensi peluasan fungsinya dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Perlis.

Dalam sesi lawatan tersebut, Baginda berdua turut berkenan meninjau beberapa kawasan utama projek termasuk Pintu Thailand, Inspection Area, Rail Siding, Equipment Shed, Control Tower serta kawasan PIP R&R yang berfungsi menyokong kelancaran pergerakan barangan, laluan logistik dan kemudahan operasi di PIP.

Keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis ini mencerminkan komitmen berterusan Institusi Diraja dalam menyokong pembangunan ekonomi negeri serta memastikan setiap projek strategik berjalan selaras dengan keperluan rakyat dan aspirasi masa hadapan.
Hadir sama dalam lawatan Pegawai-Pegawai Kanan Mutiara Perlis Sdn. Bhd dan wakil wakil jabatan yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR