LAWATAN KERJA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS KE EMPANGAN TIMAH TASOH DAN KAWASAN TERJEJAS BANJIR

Tarikh : 30 November 2025 (Ahad)

Tempat : Empangan Timah Tasoh, Kampung Teluk Kachang & Kampung Belanga Pudak, Perlis

YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, telah mengadakan lawatan kerja ke Empangan Timah Tasoh serta kawasan terjejas banjir di Kampung Teluk Kachang dan Kampung Belanga Pudak. Turut bersama dalam lawatan ini ialah YBhg. YDH DCP Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Negeri Perlis.

Lawatan ke Empangan Timah Tasoh diadakan bagi melihat paras air empangan selepas banjir yang melanda negeri Perlis, di samping meneliti tahap aliran masuk dan keluar serta langkah-langkah kawal selia yang sedang dilaksanakan. Encik Amir Budiman bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis, turut hadir memberi taklimat berkaitan operasi empangan.

YB Dato’ SUK turut meninjau kerja-kerja mengepam air dari kawasan banjir ke empangan bagi mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan risiko limpahan susulan. Pemantauan ini penting bagi memastikan keselamatan kawasan tadahan, aliran downstream serta komuniti setempat berada dalam keadaan terkawal dan selamat.
Seterusnya, YB Dato SUK meneruskan tinjauan ke Kampung Teluk Kachang dan Kampung Belanga Pudak bagi melihat sendiri situasi selepas banjir yang menjejaskan kediaman penduduk dan turut meninjau kerja-kerja mengepam keluar air dari kawasan kampung yang terjejas akibat banjir.

Hadir sama Pegawai-pegawai JPS Negeri Perlis serta wakil-wakil jabatan berkaitan.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR