LAWATAN KERJA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS KE WANG KELIAN

Tarikh : 30 November 2025 (Ahad)

Tempat : Wang Kelian, Perlis

YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Wang Kelian bagi meninjau keadaan tebing runtuh serta kerja-kerja baik pulih yang sedang giat dilaksanakan di kawasan berkenaan. Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YDH DCP Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Negeri Perlis dan Puan Maznah binti Musa, Pengarah ICU Perlis.

Tumpuan utama lawatan adalah untuk menilai tahap kerosakan tebing runtuh serta memastikan tindakan segera diambil, termasuk kerja penstabilan, pemasangan kawalan keselamatan sementara dan penyelarasan antara agensi bagi mengelakkan risiko kepada penduduk setempat serta pengguna jalan raya.

Seterusnya, YB Dato’ SUK meneruskan tinjauan ke Kampung Pengembangan, Wang Kelian bagi melihat jambatan yang runtuh akibat banjir sehingga menyebabkan laluan utama penduduk terputus. Proses pembaikan sedang dirangka secara segera bagi memastikan akses perhubungan penduduk dapat dipulihkan dalam masa terdekat. Turut hadir sama YB ADUN Beseri.

Lawatan diakhiri dengan tinjauan ke Masjid Nurul Husna, Kampung Wang Kelian bagi melihat kerja-kerja pembersihan yang sedang dilaksanakan oleh pasukan Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung yang turut bergotong-royong membersihkan kawasan masjid dan persekitarannya. Kerjasama erat antara agensi penyelamat dan komuniti ini mencerminkan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam memulihkan keadaan pasca banjir.

Hadir sama Pegawai-pegawai Kanan SUK Perlis, JKR, ICU, PDRM, BOMBA dan APM serta penduduk kampung.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR