MAJLIS PEMASYHURAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN (UniSIRAJ)

Tarikh : 16 November 2025 (Ahad)

Tempat : Kelab Golf Putra, Sungai Batu Pahat, Perlis

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Perlis Tahun 2025 bertempat di Kelab Golf Putra, Sungai Batu Pahat.

Turut hadir bersama dalam majlis, YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YDH DCP Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kejohanan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara kepimpinan Polis Diraja Malaysia, agensi kerajaan, badan korporat dan rakan strategik melalui platform sukan. Kejohanan ini dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan pegawai dan anggota PDRM, mempromosikan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam sukan golf, serta mewujudkan jaringan komunikasi yang lebih berkesan.

Program ini juga memperkukuh imej PDRM Negeri Perlis sebagai organisasi proaktif, berdisiplin dan prihatin terhadap pembangunan sahsiah serta kesejahteraan warga kerjanya.

Kejohanan yang berlangsung pada sebelah pagi ini berjalan dengan penuh semangat dan suasana yang sangat positif. Gimik pelancaran kejohanan telah disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Perlis sebelum para pemain bergerak ke “Tee Box” dan memulakan permainan secara “shotgun”. Sepanjang berlangsungnya pertandingan, para peserta memperlihatkan komitmen tinggi serta semangat kesukanan yang amat memberangsangkan. Aksi kompetitif yang ditonjolkan, disertai suasana yang ceria dan penuh profesionalisme, menjadikan sesi pagi ini lebih bermakna dan berjalan dengan lancar.

Sesi penyampaian hadiah bagi Kejohanan Golf Ketua Polis Perlis Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Perlis yang berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada para peserta sebagai penghargaan atas penyertaan dan sokongan mereka terhadap kejohanan ini.

Hadir sama dalam majlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-pegwai Kanan PDRM, Agensi Swasta, Wakil-Wakil Jabatan serta Urus setia yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR