SESI TAKLIMAT KERJASAMA DAN PELUANG PELABURAN ANTARA KERAJAAN NEGERI PERLIS DAN KEDUTAAN JEPUN
Tarikh : 10 November 2025 (Isnin)
Tempat : Ocean Cube, Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan TYT Shikata Noriyuki, Duta Besar Jepun ke Malaysia, telah menghadiri Sesi Taklimat Kerjasama dan Peluang Pelaburan antara Kerajaan Negeri Perlis dan Kedutaan Jepun yang berlangsung di Ocean Cube, Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Turut hadir bersama YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan).
Sesi taklimat ini berperanan sebagai platform perkongsian pandangan antara Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), khususnya dalam meneroka potensi pelaburan, inisiatif pembangunan bersama serta pemahaman terhadap keperluan teknologi Negara Jepun seiring perkembangan semasa.
Pembentangan sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Izwan bin Yakob, Ketua Penolong Setiausaha (Sektoral), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) dan Puan Suhaila binti Mohd Nazer, Ketua Wilayah Kedah & Perlis, Northern Corridor Implementation Authority (NCIA).
Kerajaan Negeri berharap sesi ini menjadi landasan kukuh dalam memperluas jaringan pelaburan strategik serta mempertingkat hubungan ekonomi antara Negeri Perlis dan Jepun, ke arah kemajuan, pembangunan mampan dan kesejahteraan bersama.
Hadir sama Pegawai-Pegawai Kanan BPEN dan NCIA.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

