LAWATAN KERJA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS KE PERLIS MARINE ENGINEERING SDN. BHD.

Tarikh : 03 November 2025 (Isnin)

Tempat : Perlis Marine Engineering Sdn. Bhd., Kuala Perlis

YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, telah mengadakan lawatan kerja ke Perlis Marine Engineering Sdn. Bhd., Kuala Perlis. Turut hadir bersama dalam lawatan YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan).

Lawatan ini bertujuan meninjau situasi semasa serta melihat dengan lebih dekat projek-projek yang sedang dijalankan di limbungan tersebut. Dalam sesi lawatan berkenaan, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri turut mendengar taklimat ringkas berkaitan latar belakang syarikat dan operasi Perlis Marine Engineering (PME) serta taklimat keselamatan di dalam limbungan.

Sesi diteruskan dengan lawatan ke sekitar kawasan limbungan bagi meninjau kemudahan sedia ada, aktiviti penyelenggaraan kapal serta operasi harian yang dijalankan oleh pihak syarikat.

Lawatan ini turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan maklum balas bagi memperkukuh potensi industri perkapalan serta kejuruteraan marin di Negeri Perlis. Kerajaan Negeri akan terus menyokong inisiatif yang dapat memperkukuh ekosistem maritim, seterusnya menjadikan Perlis sebagai negeri yang berdaya saing, berinovasi dan berorientasikan kemajuan teknologi.

Hadir sama dalam lawatan Encik Mohd Izwan bin Yakob, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, PSUK Perlis, Pegawai-pegwai Kanan PME dan wakil-wakil yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR