PROGRAM PEMANTAPAN MAJLIS BERSAMA JABATAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir Program Pemantapan Majlis Bersama Jabatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Program Pemantapan MBJ ini di mulai Taklimat Skim Bayaran PAmpasan (Ex-Gratia) bagi penjawat awam dan Taklimat Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kelompok Bagi Pegawai Pekhidmatan Awam. Taklimat ini adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada wakil pekerja berkaitan skim ex-gratia bencana kerja dan cuti tanpa rekod kelompok.
Penerangan berkaitan pindaan perlembagaan telah diberikan untuk memastikan MBJ dapat berfungsi dengan lebih efisien dan relevan. YB Dato’ SUK telah menyampaikan penghargaan kepada wakil pegawai melalui sesi penyerahan watikah pelantikan dan sijil penghargaan kepada wakil pekerja.
Turut hadir sama dalam program ini YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Encik Azmi bin Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan wakil-wakil pekerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.


