PERASMIAN FESTIVAL USAHAWAN PERLIS (PUF2025)

Tarikh : 25 Oktober 2025 (Sabtu)

Tempat : Dewan 2020, Kangar, Perlis

Kerajaan Negeri Perlis melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pentadbiran Setiausaha Negeri Perlis dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta serta institusi pengajian tinggi telah menganjurkan Festival Usahawan Perlis 2025 (PUF 2025) pada 24 hingga 26 Oktober 2025 bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis.

Perasmian Festival Usahawan Perlis (PUF 2025) telah disempurnakan oleh YB Datin Marzita binti Mansor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Keusahawanan). Turut hadir bersama YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Festival yang bertemakan “Usahawan Dinamik, Perlis Maju MADANI” ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Perlis dalam memperkasa ekosistem keusahawanan, memperluas akses pasaran serta menggalakkan penglibatan usahawan muda dan komuniti luar bandar dalam ekonomi digital dan hijau.

Penganjuran festival turut mendapat kerjasama strategik daripada Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) dan Frozen9 sebagai rakan sinergi dalam memperkukuh elemen keilmuan, inovasi serta pembangunan produk tempatan berasaskan teknologi dan nilai tambah baharu.

Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk pameran usahawan, bengkel dan seminar keusahawanan, pertandingan interaktif, pengiktirafan usahawan cemerlang, Pocket Talk, Fun Run, Fun Ride, Zumba serta cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah istimewa termasuk motosikal dan barangan elektrik.

Festival Usahawan Perlis 2025 bukan sekadar platform perniagaan, tetapi simbol kebangkitan semangat keusahawanan negeri. Ia menzahirkan iltizam Kerajaan Negeri untuk terus menyokong, membimbing dan memperkasakan para usahawan agar kekal berdaya saing serta mampu membawa Perlis ke arah kemajuan ekonomi yang mampan dan inklusif.

Hadir sama dalam majlis YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Pelajar-Pelajar IPTA dan IPTS, Pengunjung-pengunjung serta Urus setia Festival Usahawan Perlis 2025 (PUF 2025).

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR