TEMU BUAL PENERBITAN DOKUMENTARI KHAS DYMM TUANKU RAJA PERLIS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL BERSAMA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 08 Oktober 2025 (Rabu)

Tempat : Pejabat FINAS, Jalan Ampang Selangor

YB Dato’ Rahimi Bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menghadiri Sesi Temubual Penerbitan Dokumentari Khas DYMM Tuanku Raja Perlis sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, yang dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Sesi temubual ini merupakan salah satu pengisian istimewa bersempena sambutan 25 tahun pemerintahan Baginda Tuanku, bertujuan merakamkan pandangan serta sorotan peranan DYMM Tuanku dalam kepimpinan dan pembangunan Negeri Perlis.

Rakaman temubual ini akan menjadi sebahagian daripada dokumentari khas terbitan FINAS yang memaparkan ketokohan, kepimpinan dan jasa DYMM Tuanku kepada negeri dan rakyat Perlis sepanjang tempoh pemerintahan Baginda.

Turut hadir sama dalam sesi ini Pegawai-Pegawai Kanan FINAS, PSUK Perlis dan wakil yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR