PELANCARAN COFFEE TABLE BOOK: LEGASI KEPEMIMPINAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL

Tarikh : 10 Oktober 2025 (Jumaat)

Tempat : Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat ke Pelancaran Produk Masakan Tradisional Kurma Perlis 2025 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama dalam majlis pelancaran ini YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBhg. Datuk Mohd Radzuan bin Abdullah, Pengerusi Eksekutif, RG Food Industries Sdn. Bhd, Encik Sulia Awang, Pengarah, La Changgung Marketing dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Majlis pelancaran ini merupakan satu inisiatif DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dalam usaha memperkenalkan serta mempromosikan produk tempatan Negeri Perlis ke peringkat lebih tinggi. Dengan keunikan cita rasa masakan tradisional negeri, Produk Masakan Tradisional Kurma Perlis berperanan sebagai medium promosi budaya dan identiti Negeri Perlis di peringkat nasional dan antarabangsa.

Penghasilan produk Kurma Daging Perlis dan Kurma Ayam Perlis adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan oleh Syarikat RG Food Industries Sdn. Bhd. (RGFI), sebuah syarikat berpengalaman dalam pengeluaran produk makanan berbentuk Ready to Cook (RTC) dan Ready to Eat (RTE) menggunakan teknologi Thermal Decontamination System (TDS).

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri menggalakkan produk tempatan Perlis yang lain seperti Belacan Madu Kuala Perlis, Jem Harumanis, Kopi Pracampur, Acar Ikan Talang Harumanis, Serunding Ayam Harumanis, Marshmallow Harumanis, Sirap/Kordial Harumanis, Pekasam Ikan dan pelbagai produk makanan lain untuk turut diketengahkan oleh syarikat korporat serta pihak swasta. Usaha ini penting bagi menyokong pertumbuhan industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Perlis.
Pelaksanaan inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh usaha memperkenalkan keunikan produk masakan tradisional Negeri Perlis ke peringkat yang lebih luas, malah menjadi platform strategik dalam mengangkat jenama serta identiti negeri ke pasaran nasional dan antarabangsa. Ia secara tidak langsung dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri melalui penglibatan aktif usahawan tempatan, di samping memperluas peluang perniagaan serta mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk syarikat korporat dan sektor swasta.

Kerajaan Negeri Perlis komited untuk terus menyokong dan memperkasa industri tempatan agar produk-produk warisan negeri mampu berdiri setanding dengan jenama lain di pasaran, sekali gus memperkukuh kedudukan Perlis sebagai sebuah negeri yang kaya dengan keunikan budaya, warisan dan cita rasa tersendiri.

Hadir sama dalam majlis Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan, Agensi Kerajaan Negeri dan Wakil-Wakil yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR