PELANCARAN COFFEE TABLE BOOK: LEGASI KEPEMIMPINAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL

Tarikh : 10 Oktober 2025 (Jumaat)

Tempat : Luminare Hall, Petaling Jaya, Selangor

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, telah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Coffee Table Book “Legasi Kepemimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail” yang diterbitkan bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang berlangsung di Luminare Hall, Petaling Jaya. Turut berangkat DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Penerbitan buku ini yang merupakan hasil kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dengan Syarikat Media Prima Sdn. Bhd. yang bertujuan untuk mendokumentasikan secara menyeluruh perjalanan kepimpinan dan sumbangan besar DYMM Tuanku sepanjang 25 tahun pemerintahan Baginda sejak ditabalkan sebagai Raja Perlis pada 14 April 2000. Ia menampilkan koleksi gambar-gambar eksklusif, kronologi penting, serta catatan peristiwa bersejarah yang memperlihatkan keperibadian, kepimpinan dan sumbangan Baginda dalam pelbagai bidang termasuk aspek pentadbiran, pembangunan negeri, perpaduan rakyat serta hubungan diplomatik luar negara.

Pelancaran buku ini menandakan satu lagi detik bersejarah yang mengangkat warisan kepimpinan dan perjuangan Baginda sebagai sumber inspirasi serta teladan kepimpinan unggul untuk masa depan. Semoga naskhah ini akan menjadi satu lagi khazanah berharga yang dapat dijadikan rujukan generasi akan datang dalam menghayati legasi kepimpinan Baginda yang berwibawa dan berjiwa rakyat.

Turut hadir bersama dalam majlis pelancaran ini YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBhg. Dato Shabaruddin bin Ibrahim, Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Mutiara Perlis Sdn. Bhd, YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Group Chairman Media Prima Berhad, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan).

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR