SAMBUTAN KETIBAAN PELUMBA LE TOUR DE LANGKAWI (LTdL) 2025

Tarikh : 28 September 2025 (Ahad)

Tempat : Jeti Kuala Perlis

Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025, edisi ke-29 perlumbaan basikal berprestij di Malaysia, dijadualkan berlangsung dari 28 September 2025 hingga 5 Oktober 2025. Acara bertaraf antarabangsa ini disertai pasukan profesional dari dalam dan luar negara, menjadikannya antara perlumbaan paling berprestij di Asia.

Negeri Perlis turut menjadi salah satu lokasi laluan penting dengan sambutan ketibaan pelumba di Jeti Kuala Perlis bagi peringkat ke-2 dari Padang Besar, Perlis ke Kepala Batas, Pulau Pinang. Kehadiran masyarakat setempat memeriahkan suasana dan memberi semangat kepada para pelumba untuk meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya.

Hadir sama dalam sambutan ini Pegawai dan kakitangaan MSN Negeri Perlis dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta wakil wakil yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR