PROGRAM PEMBANGUNAN NILAI KENDIRI PENJAWAT AWAM SIRI 7: "KERJA SUATU ANUGERAH"

Tarikh : 12 September 2025 (Jumaat)

Tempat : Bilik Seminar, Blok Fasiliti, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Program ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan telah diadakan di Bilik Seminar, Blok Fasiliti, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Ceramah yang bertajuk "Kerja Suatu Anugerah" telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi, menyuntik kesedaran penjawat awam tentang tanggungjawab dalam menjalankan tugas disamping mewujudkan keseronokan bekerja dikalangan kakitangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, sejahtera serta menjalinkan hubungan mesra antara kepimpinan Pentadbiran ini dengan kakitangan demi kecemerlangan organisasi.

Hadir sama dalam program ini Setiausaha Bahagian, Pegawai-pegawai kanan, Wakil-wakil Jabatan dan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR