MAJLIS PENUTUP PESTA AIR ANTARABANGSA KUALA PERLIS 2025

Tarikh : 16 September 2025 (Selasa)

Tempat : Tapak Menteri Besar Incorporation (MBI) , Kuala Perlis, Perlis

DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid telah berkenan berangkat ke Majlis Penutup Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2025 di Tapak Menteri Besar Incorporation, Kuala Perlis, Perlis. Turut berangkat bersama YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis Dato' Seri Datin Paduka Hajah Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, YBM Tengku Laksamana Kelantan Tengku Dato' Paduka Abdul Halim Al Haj Ibni Sultan Ibrahim, YAM Tengku Puan Laksamana Kelantan, Dato' Seri Diraja Sharifah Azwan Putra Jamalullail dan YAM Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.
Turut hadir bersama ke majlis ini, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pelancongan), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN) dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Program anjuran Persatuan Khazanah Kuala Perlis bersama Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Perlis telah berlangsung selama lima (5) hari bermula 12 September 2025 sehingga 16 September 2025 di Tapak MBI, dan sekitar Kuala Perlis.
Penganjuran Pesta Air Kuala Perlis adalah bagi mempromosikan Negeri Perlis sebagai salah satu destinasi pelancongan sukan air sempena Tahun Melawat Perlis 2024 – 2026 dan sempena meraikan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sekaligus sebagai usaha Kerajaan Negeri dalam menyokong hasrat Kerajaan Persekutuan dalam penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.
DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis telah berkenan menyaksikan perlawanan akhir Perahu Naga dan Perahu Tradisional 12 dan 14, seterusnya berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang serta melawat pameran perahu Diraja Jarum Emas Putra Jamalullail.
Penganjuran Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2025 ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam mempromosi pelancongan dan memartabatkan sukan air tradisional negeri Perlis. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan rakyat jelata yang hadir memeriahkan pesta kali ini.
Turut hadir sama dalam majlis Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kanan MOTAC, Penduduk-Penduduk Kampung sekitar Kuala Perlis dan wakil-wakil yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR