HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN HARI KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DERMA SESI AKADEMIK 2025
Tarikh : 28 Ogos 2025 (Khamis)
Tempat : Dewan Syed Mahmood SMK Derma, Kangar
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Raja Perlis telah berkenan berangkat ke Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kokurikulum SMK Derma Sesi Akademik 2025 bertempat di Dewan Syed Mahmood SMK Derma, Kangar, Perlis.
Turut hadir bersama dalam majlis ini, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pendidikan), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN),dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kokurikulum SMK Derma Sesi Akademik 2025 dianjurkan bertujuan memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik. Majlis ini juga menjadi wadah untuk memupuk semangat dan emosi murid agar berazam untuk terus maju, berkeinginan bersaing secara sihat, seterusnya melangkah ke arah kejayaan seiring dengan insan-insan berjaya.
Penganjuran ini turut membina budaya sekolah yang positif melalui pelbagai aktiviti yang mencungkil bakat serta sahsiah pelajar. Selain itu, ia berperanan mengeratkan hubungan kerjasama antara ibu bapa, murid, pihak pentadbir sekolah dan guru-guru, di samping memupuk semangat kebersamaan, keterampilan dan ukhuwah yang utuh dalam kalangan warga sekolah.
DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan mengurniakan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang. YAB Menteri Besar Perlis turut menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Hadir sama dalam majlis ialah Encik Rose Aza bin Che Ariffin, Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengetua-pengetua dan Guru besar Sekolah Perlis, Ibu bapa, Pelajar-pelajar cemerlang dan wakil-wakil yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

