MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2025

Tarikh : 31 Ogos 2025 (Ahad)

Tempat : Laluan Hadapan IPK Perlis, Kangar Jaya, Kangar Perlis

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid Raja Perempuan Perlis telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2025.

Turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato' Rahimi bin Ismail , Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Parlimen Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.

Bertemakan hari Kemerdekaan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” yang mencerminkan komitmen kerajaan untuk meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan, selaras dengan visi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, keadilan, dan perpaduan. Dengan perpaduan, nilai ihsan dan kepedulian sesama insan, Negeri Perlis akan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negeri berdaulat yang menyumbang kepada kegemilangan Malaysia di persada dunia.

Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis dimeriahkan dengan persembahan-persembahan yang menarik antaranya, Persembahan Tarian dan Nyanyian Pelajar Sekolah, Deklamasi sajak , Persembahan Koir, Pertunjukan Aset-aset Ketenteraan / Jabatan dan Agensi serta Perbarisan dan Perarakan yang melibatkan 76 buah kontinjen dari pelbagai Agensi Kerajaan dan Swasta.

Kehadiran hampir 20,000 pengunjung yang membanjiri sambutan pada kali ini jelas membuktikan bahawa rakyat Perlis terus menjiwai erti kemerdekaan, mengangkat semangat patriotisme dan menzahirkan kecintaan yang tidak berbelah bahagi terhadap negara tercinta.

Bagi menambah seri sambutan, turut diadakan Pertandingan Pakaian Hari Kebangsaan yang memberi ruang kepada rakyat untuk menonjolkan kreativiti serta menzahirkan rasa cinta terhadap tanah air melalui busana bertemakan Jalur Gemilang dan warna-warna kebangsaan. Pertandingan ini bukan sahaja menjadi wadah mengekspresikan kecintaan terhadap negara, malah mengukuhkan penyertaan rakyat dalam meraikan Hari Kebangsaan secara inklusif.

Turut hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Perlis, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Para Peserta Kontinjen Pembarisan dan Perarakan, Urus setia Majlis Sambutan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta pelbagai lapisan rakyat Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR