KUNJUNGAN HORMAT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TERHADAP YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 28 Ogos 2025 (Khamis)

Tempat : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala serta menjalin kerjasama erat antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perlis, khususnya dalam memperkasakan sektor pendidikan di negeri Perlis. Dalam pertemuan ini, pelbagai inisiatif serta peluang kerjasama dibincangkan bagi memastikan pembangunan pendidikan di Negeri Perlis terus diperkukuhkan.
Turut hadir sama dalam kunjungan YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Encik Yahya bin AB Ghani, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, KPM dan Encik Rose Aza bin Che Ariffin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR