MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SEMPENA PENGANJURAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 PERINGKAT NEGERI PERLIS BILANGAN 1 TAHUN 2025
Tarikh : 18 Ogos 2025 (Isnin)
Tempat : Bilik Gerakan 1, Kompleks Seri Putra, Kangar Perlis
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sempena Penganjuran Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Perlis Bilangan 1 Tahun 2025 bertempat Bilik Gerakan 1, Kompleks Seri Putra. Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini, YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sempena Penganjuran Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Perlis diadakan bertujuan bagi menyelaras gerak kerja dan persiapan rapi ke arah penganjuran majlis sambutan yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2025 (Ahad), jam 7.00 pagi.
Majlis sambutan pada tahun ini akan mencatat sejarah apabila buat julung kalinya diadakan di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Kangar Jaya. Pelbagai aspek teknikal, logistik, keselamatan dan penyertaan agensi telah dikenal pasti dan diperhalusi dalam mesyuarat ini bagi memastikan kelancaran sambutan yang dijangka mendapat penyertaan besar daripada rakyat negeri Perlis.
Semua pihak diminta memberi komitmen penuh dan sokongan dalam memastikan penganjuran ini berjalan dengan jayanya demi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
Hadir sama dalam mesyuarat ini YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan wakil-wakil Jabatan yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

