PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BILANGAN 6 TAHUN 2025

Tarikh : 25 Julai 2025 (Jumaat)

Tempat : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 6 Tahun 2025 di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir bersama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Perhimpunan ini menghimpunkan seluruh anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri dan merupakan satu platform penyampaian maklumat serta dasar-dasar Kerajaan Negeri. Perhimpunan ini adalah satu tanda bahawa sebagai penjawat awam dan kepimpinan tertinggi sentiasa bersama-sama dalam menggerakkan satu kekuatan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Perlis, Negaraku dan Perkhidmatan Awam disusuli Ikrar Perkhidmatan Awam oleh penjawat awam negeri Perlis dan taddabur al-quran oleh Ustaz Muhammad Haafizuddin bin Abirerah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jaips. Terdahulu sebelum itu, sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Nazri Hamzah, Ketua Bahagian Penguatkuasa dan Pegawai Pendakwa JPJ Negeri Perlis dengan tajuk Penguatkuasaan Kenderaan Thailand.

YAB Menteri Besar Perlis dalam ucapannya memaklumkan Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) telah ditubuhkan berkuatkuasa 1 November 2023 dan akan berakhir pada 31 Disember 2025. MPKK memainkan peranan yang amat penting sebagai pemudahcara dan penghubung antara Kerajaan Negeri dengan masyarakat setempat. MPKK bertindak sebagai perantara di peringkat akar umbi yang berperanan menyalurkan sebarang permasalahan, aduan, atau cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang berkaitan.

YAB Menteri Besar Perlis menegaskan Kerajaan Negeri Perlis sentiasa berpegang teguh kepada prinsip akauntabiliti dan ketelusan. Setiap jabatan dan agensi di bawah pentadbiran ini mesti melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan profesionalisme. YAB Menteri Besar Perlis menzahirkan ucapan terima kasih dan menyokong usaha Kerajaan Persekutuan di atas pengumuman baru-baru ini yang sedikit sebanyak meringankan beban rakyat.

YAB Menteri Besar Perlis bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis telah menyampaikan topi keledar kepada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis sebagai inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dengan mewajibkan penggunaan topi keledar yang mengikut tahap piawaian daripada SIRIM.

Turut hadir pada majlis ini Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR