MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2024 DAN JASAMU DIKENANG 2025 PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 25 Julai 2025 (Jumaat)

Tempat : Hotel Seri Malaysia, Kangar Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan Jasamu Dikenang 2025 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di Hotel Seri Malaysia, Kangar Perlis. Turut hadir bersama ke majlis ini adalah, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan salah satu bentuk penghargaan yang diberikan oleh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis kepada pegawai/ kakitangan yang telah mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan dan memenuhi kriteria sepertimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002 dan Ceraian UP.5.1.1.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 133 orang warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2024. Semoga momentum kecemerlangan dapat diteruskan pada masa akan datang. Majlis turut meraikan pegawai yang bertukar keluar seramai 15 orang pegawai dan 29 orang kakitangan yang sudah dan akan bersara pada tahun 2025.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Pegawai-pegawai Kanan di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta wakil-wakil jabatan yang terlibat serta urus setia Majlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR