MAJLIS PERASMIAN PASAR GEOWARISAN SE-JATI 2025

Tarikh : 27 Julai 2025 (Ahad)

Tempat : Teak Eco Park, Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer, Padang Besar, Perlis

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pasar Geowarisan Se-Jati 2025 bertempat di Teak Eco Park, Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer, Padang Besar, Perlis.

Turut hadir bersama ke majlis ini, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBhg. Dato' Dr. Ismail bin Parlan, Ketua Pengarah FRIM, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN) dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Program ini merupakan anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (JPNPs) dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 25 Julai hingga 27 Julai 2025.

Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan reputasi Jati of Perlis bagi menyokong pengiktirafan Petunjuk Geografi atau Geographical Indication (GI) ke arah penarafan Kraf Jati Diraja Perlis atau Royal Perlis Jati Craft di samping memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tempatan/ orang awam tentang kepentingan kelestarian warisan alam semulajadi melalui aktiviti yang interaktif di Teak Eco Park yang merupakan Tapak Biologi, Perlis Geopark.

Program ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPNPs dan FRIM bagi kerjasama penyelidikan, pembangunan dan aplikasi (R,D&A) untuk meningkatkan keberhasilan industri huluan dan hiliran perladangan jati demi kelestarian alam sekitar dan kemampuan ekonomi komuniti negeri Perlis. Program ini telah menggabungkan semua institusi yang berkaitan seni, budaya dan warisan di bawah satu naungan bertemakan zaman dahulu kalau menggamit nostalgia dan memori di bawah dirian pohonan jati.

DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik Perasmian Pasar Geowarisan Se-Jati 2025 dan mengurniakan hadiah Pertandingan P. Ramlee dan Saloma serta Sektsa Klasik. DYMM Tuanku Raja Perlis turut menyaksikan Sesi Pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama antara FRIM, FRIM Incorporated Sdn Bhd dan Smart Teak Craft serta berangkat ke reruai pameran.

Antara aktiviti utama program ini termasuk, pameran produk kraf berasaskan jati (Tectona grandis), demonstrasi kraf kayu, forum perkongsian industri, sesi padanan perniagaan serta aktiviti ekopelancongan. Selain itu, pameran ini juga berkonsepkan penggabungan semua institusi yang berkaitan seni dan budaya dari Tapak Biologi, Perlis Geopark.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Pegawai-pegawai Kanan FRIM, dan wakil-wakil Jabatan yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR