PROGRAM PEMBANGUNAN NILAI KENDIRI PENJAWAT AWAM SIRI 5: "INTEGRITI DALAM TINDAKAN: ANTARA JANJI, ETIKA DAN REALITI" PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 18 Julai 2025 (Sabtu)

Tempat : Bilik Seminar, Blok Fasiliti, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Program ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan telah diadakan di Bilik Seminar, Blok Fasiliti, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Ceramah yang bertajuk "Integriti Dalam Tindakan: Antara Janji, Etika Dan Realiti" telah disampaikan oleh Encik Muhammad Naim bin Zakaria, Penolong Pegawai Siasatan, Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Perlis.

Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi, menyubur inspirasi diri dengan pengisian rohani serta menyuntik kesedaran penjawat awam tentang integriti dan pembangunan nilai kendiri. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, sejahtera serta berintegriti dalam aspek kognitif, emosi, spiritual serta tingkah laku demi kecemerlangan organisasi.

Hadir sama dalam program ini Setiausaha Bahagian, Ketua-Ketua Unit, Pegawai-pegawai kanan dan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR