PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA KANGAR UNITY CUP 2025 DAN MAJLIS MAKAN MALAM

Tarikh : 13 Julai 2025 (Ahad)

Tempat : Padang MPK dan Dewan Warisan, Kangar

Satu perlawanan persahabatan bola sepak antarabangsa antara pasukan VIP Perlis dan VIP Satun telah berlangsung di Padang MPK, Kangar pada petang tadi. Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada Kangar Unity Cup 2025 yang dianjurkan oleh Pejabat YB Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Belia dan Sukan) dengan kerjasama jabatan serta agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Turut hadir sama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Perlawanan yang bermula pada jam 5.00 petang ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak. Kedua-dua pasukan telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dengan aksi permainan menarik dan menghiburkan. Sorakan para penyokong turut memeriahkan suasana perlawanan yang berlangsung dalam keadaan harmoni. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan VIP Satun dengan keputusan 2-0. Piala kemenangan telah disampaikan oleh YB AMMK Belia dan Sukan.

Sejurus selepas itu, delegasi serta para pemain VIP Satun dan VIP Perlis telah diraikan dalam Majlis Makan Malam di Dewan Warisan, Kangar.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, pemain-pemain VIP serta wakil-wakil agensi yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR