KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI PERLIS TERHADAP YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
Tarikh : 06 Julai 2025 (Ahad)
Tempat : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Ilyas Shukri bin Khodori, Pengarah, Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Perlis.
Kunjungan hormat ini adalah salam perkenalan dan lapor diri Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Perlis yang baharu. Pertemuan itu juga bagi memaklumkan mengenai proses pengauditan yang akan dijalankan ke atas beberapa jabatan di negeri Perlis.
Hadir sama dalam kunjungan ini Encik Mohammad Zahir bin Ramli, Timbalan Pengarah, JAN Negeri Perlis, Encik Abdullah Afif bin Zainol, Penolong Pengarah, JAN Negeri Perlis dan Encik Noorhazarin Bin Hassan, Ketua Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

